AKHLAK adalah
tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan
sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-nilai dan sikap
itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup. Dengan
perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya yaitu
gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya
Aqidah yang benar dan
gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepalsuan,
khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang palsu, akan memancarkan
nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai ini akan mempengaruhi
pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika aqidah yang dianuti
dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup tak terarah dan
dipengaruhi oleh berbagai-bagai fahaman palsu, ia akan memancarkan nilai-nilai
buruk di dalam diri dan mempengaruhi pembentukan akhlak yang buruk.
Akhlak yang baik dan
akhlak yang buruk, merupakan dua jenis tingkahlaku yang berlawanan dan
terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeda. Kedua-duanya memberi kesan
secara langsung kepada kualitas individu dan masyarakat. lndividu dan
masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan akhlak yang baik
akan melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera. Begitulah sebaliknya
jika individu dan masyarakat yang dikuasai oleh nilai-nilai dan tingkahlaku
yang buruk, akan porak peranda dan kacau bilau. Masyarakat kacau bilau, tidak
mungkin dapat membantu perilaku yang murni dan luhur.
Sejarah membuktikan
bahwa sekelompok masyarakat ingin kejayaan berawal daripada pembinaan sistem
nilai yang kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan yang terpancar
daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan perilakunya hancur
disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya.
Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam
memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat manusia akan menurun setaraf
hewan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai murni tidak dihormati dan
dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia.”
(Riwayat al-Baihaqi)
Kepentingan akhlak dalam
kehidupan dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran meneruskan berbagai pendekatan
yang meletakkan Al-Quran sebagai sumber pengetahuan mengenai nilai dan akhlak
yang paling terang dan jelas. Pendekatan Al-Quran dalam menerangkan akhlak yang
mulia, bukan pendekatan teoritikal tetapi dalam bentuk konseptual dan
penghayatan. Akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk digambarkan dalam
perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realitas kehidupan manusia semasa Al-Quran
diturunkan.
Al-Quran
menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman, kelakuan mereka yang mulia
dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur dan mulia.
Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan merusak.
Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam perilaku
manusia sepanjang sejarah. Al-Quran juga menggambarkan bagaimana perjuangan
para rasul untuk menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam kehidupan dan
bagaimana mereka ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan kemunafikan yang mencoba
menggagalkan tegaknya dengan kukuh akhlak yang mulia sebagai teras kehidupan
yang luhur dan murni itu.
AQIDAH MENGAMBARKAN
AKHLAK
Sebagaimana yang
disebutkan sebelumnya, nilai-nilai akhlak yang dipegang oleh seseorang dan
sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada aqidah dan gambaran tentang
kehidupan itu. Pembentukan nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada bagaimana
manusia memberikan jawaban kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam hidup.
Al-Quran telah memaparkan berbagai golongan yang memberi jawaban berbeda kepada
persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan aqidah mengenai
kehidupan ini. Terdapat aqidah orang-orang beriman, aqidah orang-orang kafir,
aqidah orang-orang fasik dan aqidah orang-orang munafiqin.
Aqidah orang-orang
beriman dinyatakan dalam Al-Quran sebagai orang-orang yang beriman kepada Allah
S.W.T, kepada Rasul-Nya, kepada keagungan Allah yang menciptakan dan memiliki
alam ini. Mereka yakin kepada hari akhirat, yakin bahwa kejadian Allah tidak
terbatas kepada alam lahir saja dan kejadian Allah itu tidak terbatas dalam
lingkungan yang dapat diketahui oleh manusia. Kerana itu mereka percaya kepada
kejadian Allah yang ghaib, seperti malaikat, syurga, neraka dan adanya
makhluk-makhluk Allah yang lain yang tidak diketahui oleh manusia dan
pengetahuan manusia tidak menjadi syarat bagi menentukan sesuatu kejadian Allah
harus ada atau tidak ada. Allah S.W.T bebas mengikut kehendak-Nya, untuk
mencipta atau tidak menciptakan sesuatu yang ada di dalam ilmu-Nya.
Aqidah ini
menyebabkan orang-orang beriman sentiasa bergantung harap kepada Allah S.W.T
dan tidak bergantung harap kepada yang lain daripada-Nya. Tujuan hidup manusia
di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T. dan setiap tindak tanduk
dan kelakuan serta tindakannya adalah untuk mendapatkan keridhoan Allah S.W.T.
Keridhoan Allah dan beribadat kepada Allah S.W.T. menjadi tumpuan dan pemusatan
setiap aspek kegiatannya. Pergantungan semata-mata kepada Allah memberikan
kepada seorang mu’min itu kebebasan dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa
lain daripada Allah S.W.T. Daripada perasaan inilah tercetusnya pengakuan
seorang muslim bahawa “Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah S.W.T.”
Manusia beriman yang
sebenarnya, tidak mungkin menyembah kepada yang lain daripada Allah S.W.T.,
Allah S.W.T. bagi mereka adalah Tuhan Yang Maha Sempuma, Maha berkuasa dan
kepada Dialah tumpuan segala ibadah dan segala yang baik sama ada niat dan
amalan. Seorang mu’min berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di
udara. Kebebasan seorang mu’min sentiasa mendapat panduan dan bimbangan.
Justeru itu ia tidak berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak
bebas dengan memiliki peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan
perjalanannya. la sentiasa bertindak mengikut petunjuk Allah dan berpandu
kepadanya.
Seorang mu’min
berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia adalah hamba
kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta diberikan
balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya, tidak semata-mata
untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di akhirat.
Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik dahapda di dunia. Kerana itu,
ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan
Allah di akhirat.
Aqidah dan pandangan
hidup yang asas ini, memancarkan nilai-nilai yang murni dalam jiwa orang-orang
beriman. Nilai-nilai ikhlas untuk Allah S.W.T. dan tidak tunduk beribadah melainkan
kepada Allah S.W.T adalah merupakan nilai yang agung yang membentuk akhlak yang
murni dan jiwa yang luhur dalam kehidupan orang-orang beriman. Ia membentuk
akhlak terhadap Allah S.W.T. dan akhlak terhadap sesama manusia.
Hubungan manusia
dengan Allah S.W.T dan kelakuannya terhadap Allah S.W.T. ditentukan mengikut
nilai-nilai aqidah yang ditetapkan. Begitu juga akhlak terhadap manusia
dicorakkan oleh nilai-nilai aqidah seorang muslim, sebagaimana yang ditetapkan
didalam al-Ouran yang merupakan ajaran dan wahyu daripada Allah S.W.T Pergaulan
manusia dengan manusia tidak boleh disamakan dengan perhubungan manusia dengan
Allah S.W.T. Aqidah dan pegangan seorang beriman berbeda dengan aqidah dan
pegangan seorang kafir. Justru itu nilai-nilai dan akhlak juga berbeda.
Al-Quran memaparkan aqidah dan pegangan orang-orang kafir dalam berbagai
kategori, justru terdapat berbagai bentuk kekufuran di kalangan umat manusia.
Antara kekufuran yang belaku disebabkan mereka menolak ajaran yang benar yang
dibawa oleh utusan Allah S.W.T. dan mereka menafikan kerasulan utusan itu.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Maka
berkata pembesar-pembesar yang kafir itu dari kalangan bangsanya, ini tidak
lain daripada manusia seperti kamu. Ia hendak menonjolkan diri supaya lebih
daripada kamu. Jika Allah hendak turunkan utusan, Dia akan turunkan malaikat
Kita tidak mendengar dari bapa -bapa kita yang terdahulu mengenai ini (utusan
Allah dari kalangan manusia). (al-Mu’minun: 24)
Kekufuran juga
berlaku kerana tidak percaya pada hari akhirat. Kerana percaya bahwa tidak ada
kehidupan sesudah mati, mereka hidup berfoya-foya di dunia ini tanpa memikirkan
siksaan di akhirat. Bagi mereka seperti yang dinyatakan oleh al-Quran
“kehidupan ini cuma di dunia”. Manusia dilahirkan dan kemudian mati, mereka
tidak dibangkitkan kembali, seperti kata mereka yang bermaksud:
“Kehidupan kita tidak
yang lain daripada kehidupan di dunia. Daripada tiada kita ada dan hidup.
Apabila mati kita tidak dibangkitkan lagi.
Maksudnya: “Dan
berkata pembesar-pembesar dari bangsanya yang kafir dan mendustakan kehidupan
akhirat dan kamijadikan berfoya-foya dalam kehidupan mereka di dunia, orang
ini, hanyalah seorang manusia seperti kamu. makan dari apa yang kamu makan dan
minum dari apa yang kamu minum ‘. (al-Mu’minun: 33)
Kekufuran juga
berlaku disebabkan sifat angkuh dan sombong serta ingkar kepada perintah Allah
dan angkuh terhadapnya. Allah berfirman mengenai kekufuran Iblis yang
bermaksud:
“Dan
ketika kami berkata kepada malaikat sujudlah kepada Adam. Mereka pun sujud,
kecuali lblis. la ingkar dan takabur dan ia daripada orang-orang kafir.” (al-Baqarah:
34)
Aqidah orang-orang
kafir yang sombong terhadap Allah S.W.T, yang tidak percaya kepada para rasul
yang diutus oleh Allah dan ajaran-ajaran yang mereka bawa, yang tidak percaya
kepada hari akhirat dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dengan ingkar
kepada hukum-hukum itu, membentuk nilai-nilai kelakuan dan cara hidup yang
menjurus ke arah kehidupan yang tidak berakhlak mulia dan luhur. Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
“Dan
orang-orang yang kafir menikmati kesenangan didunia serta mereka makan minum
sebagaimana binatang-binatang tenak makan minum, sedang nerakalah menjadi
tempat tinggal mereka.”(Muhammad: 12)
Aqidah munafiqin,
melahirkan sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan keji yang mewaki akhlak yang
buruk. Untuk menyembunyikan kekufuran, mereka berdusta, memutar belitkan
kebenaran, memungkid janji dan mengkhianati amanah. Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud:
“Tiga
perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam diri maka ia adalah munafiq.
Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji tidak dikotakan apabila diberi
amanah ia khianat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
NILAI-NILAI
MUTLAK DAN RELATIF
Selain daripada
memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan praktikal dan
membedakan antara akhlak orang-orang yang beriman dan orang-orang kafir
berasaskan kepada perbedaan aqidah mereka, Al-Ouran menguraikan pengertian
akhlak Islam yang didukung dan dihayati oleh orang-orang beriman. akhlak Islam
dijelaskan berdasarkan kepada model insan mulia yang terdapat dalam diri
Rasulullah s.a.w. yang telah merealisasikan pengertian akhlak Al-Quran dalam
kehidupan yang realistik. Rasulullah s.a.w. dikatakan sebagai Al-Quran yang
berjalan. Aishah ra. berkata ‘Adapun akhlak baginda ialah Al-Ouran’ Kerana itu
nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam ialah nilai-nilai mutlak.
Nilai-nilai asas ini,
tidak bersifat relatif atau nisbi. Nilai-nilai asas yang membentuk akhlak
Islam, tidak berubah-ubah mengikut zaman dan tempat. la tidak hanya baik pada
masa yang lalu dan tidak baik untuk masa sekarang. Apa yang diperakukan oleh Al-Quran
dan Al-Sunnah sebagai baik, maka ia adalah baik untuk sepanjang zaman dan
tempat. Apa yang dianggap tidak baik, maka ia adalah tidak baik untuk
selama-lamanya. Apa yang baik adalah halal dan yang buruk dan tidak baik itu
adalah haram. Perkara halal dan yang haram diterangkan dengan jelas.
Nilai-nilai yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang
menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh
dilakukan, yang mesti dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan
atau dijauhkan. Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh.
Perkara-perkara yang telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak
sifatnya. Akan tetapi perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah
relatif sifatnya.
Nilai-nilai akhlak
Islam, berbeda dengan nilai-nilai budaya Barat yang semata-mata bergantung
kepada akal dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik. Kerana itu,
kebanyakan nilai-nilai dalam budaya barat bersifat relatif. Pada hari ini ia
difikirkan sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai baik. Begitu
juga yang dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap demikian pada masa
yang lain. Homoseksual dan Lesbian, dahulu dianggap haram dan tidak baik.
Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalalkan dan dibenarkan sebagai legal serta
mendapat hak-hak dan perlindungan perundang-undanagan. Kenisbian nilai-nilai
akhlak ini, menimbulkan huru hara nilai yang mengakibatkan kepincangan akhlak.
Rasulullah s.a.w.,
adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur yaitu contoh berakhlak mulia
dan tinggi dalam hubungan dengan Allah S.W.T. lni berasaskan kepada peribadahan
yang dilakukannya dengan penuh ikhlas mengikut sistem peribadahan yang
ditentukan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Mereka
tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas serta
mempunyai sistem agama.(al-Bayyinah: 5)
Orang-orang kafir
musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada Allah S.W.T. adalah manusia
yang tidak berakhlak dan berperilaku biadab terhadap Allah S.W.T Abu Lahab,
Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak berakhlak dan biadab
terhadap Allah S.W.T. Mereka takabur, angkuh dan sombong. Mereka melakukan
kemungkaran, kezaliman dan kerusakan di bumi akibat daripada kesyirikan mereka
terhadap Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka manusia yang tidak
bermoral dan makhluk perusak yang meluas seperti di kalangan generasi baru
masyarakat barat.
TELADAN AKHLAK
AL-QURAN
Akhlak Rasulullah
s.a.w. adalah teladan akhlak-akhlak mulia yang diurai dan dijelaskan dalam Al-Quran.
Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam Al-Quran, bukan saja untuk
difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada penghayatan dan kaidah
penghayatan itu ialah kehidupan Rasulullah s.a.w
Rasulullah s.a.w.
seorang mu’min yang unggul. Seorang yang telah diasuh dan dipelihara akhlaknya
oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dijadikan
seorang rasul dan contoh insan mulia yang menjadi panutan dan teladan sepanjang
zaman. Rasulullah s.a.w. dan para sahabat adalah para hamba Allah S.W.T. yang
tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu’ merendah diri kepada Allah S.W.T.
takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur kepada-Nya. Wajah
mereka berbekas kesan daripada sujud.
Rasulullah s.a.w.
paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa melupakan tanggungjawab
terhadap kewajiban manusia yang lain. isteri baginda Aishah heran karena
baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada suatu ketika ‘Aishah
bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah, pada hal Allah
S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. Rasulullah
s.a.w. menjawab, yang bermaksud:
“Tidakkah
aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w.
adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah S.W.T. dan kesyukurannya itu
dilafazkan seiring amalan ibadahnya kepada Allah S.W.T. Ditambahkan pula dengan
ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan seluruh
kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata.
Beribadah dalam pengertian
bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan kerohanian yang lain dilakukan
tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan antara sesama manusia, seperti
yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T menekankan hubungan dengan
Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang dinyatakan-Nya dalam al-Ouran
yang bermaksud:
“Mereka
ditimpakan kehinaan di mana- saja mereka berada kecuali dengan adanya sebab
dari Allah dan adanya sebab dari manusia”. (ali -lmran: 112)
Justru itu al-Quran
menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang mengatur hubungan
dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa serta sistem yang mengatur
hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin jalinan hubungan
yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan dan dapat
meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan kehormatan.
AL-QURAN SUMBER
AKHLAK MULIA
Al-Quran sumber bagi
hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku dan akhlak
manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang halal dan haram, apa yang boleh
dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Al-Quran menentukan bagaimana
sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menentukan perkara yang baik dan
tidak baik. Justru itu al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak dan
nilai-nilai kehidupan ini. Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta
melarang manusia melakukannya. Al-Quran melarang manusia minum arak, memakan
riba, bersikap angkuh dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum
yang lain. Al-Quran melarang fitnah dan pembunuhan. Al-Quran juga melarang menyebarkan perbuatan-perbuatan
keji. Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa
kepada-Nya, mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak
manusia berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah
mengajak manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu.
Al-Quran juga
mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun, berjihad,
menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya bersatu
padu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim. Jelaslah bahawa
al-Ouran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia. Penampilan akhlak mulia
dalam al-Ouran, tidak bersifat teoritikal semata-mata, tetapi secara praktikal
berdasarkan realita dalam sejarah manusia sepanjang zaman. Al-Quran adalah
sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan
menghayatinya.
Dari uraian diatas
dapat disimpilkan bahwa hubungan Aqidah Islam dan Akhlak ialah sama-sama
mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan antara lain :
1.
Memelihara kemuliaan insane serta
keluhurannya.
2.
Memancarkan nila-nilai yang murni dalam
jiwa orang-orang yang beriman dan nilai-nilai ikhlas untuk Allah.
3.
Membentuk diri menjadi hamba Allah yang
bersyukur dalam usaha pembentukan insan yang mulia yang diridhoi Allah.
4.
Menjamin jalinan hubungan yang
berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan dan dapat
meningkatkan martabat menuju kemuliaan dan kehormatan.
5.
Membina dan membentuk akhlak murni
dikalangan orang-orang beriman dalam pergaulan antar sesama mereka.
6.
Memupuk perasaan kasih saying serta
mengkukuhkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya.
http://ibnismail.wordpress.com/2008/02/27/al-quran-pembina-akhlak-mulia/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar